Ceramah Bimbingan Kerjaya dan Pendaftaran Sabah Jobs Portal kepada pelatih ILTP, JPSM Papar

14 Jun 2023 - Dewan Serbaguna Kampus ILTP JPSM Papar (2.00 petang)

CERAMAH BIMBINGAN KERJAYA & PENDAFTARAN SABAH JOBS PORTAL

Puan Juvina Jimis @ Juvinia telah menyampaikan ceramah mengenai Siri Bimbingan Kerjaya dan Pendaftaran Pencarian Kerja kepada lebih kurang 142 orang pelatih JPSM yang bakal bergraduasi pada Konvokesyen ILTP JPSM Siri 1/2023 yang akan dilaksanakan pada 20 Jun 2023 akan datang.

Bahagian Khidmat Kerjaya, JPSM juga turut membuka Kaunter Pendaftaran Sabah Jobs Portal (SJP) kepada pelatih sebagai persediaan mencari peluang kerjaya selepas bergraduasi.