Festival “I-Hijau KKTP” - Inisiatif Hijau KKTP, Aspirasi Sabah Maju Jaya 2023

15 Julai 2023 - Kinabatangan Hall 2, Level 2 Sabah International Convention Centre (SICC)

FESTIVAL “I-HIJAU KKTP” : INISIATIF HIJAU KKTP, ASPIRASI SABAH MAJU JAYA 2023

Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) telah menganjurkan Festival “I-HIJAU KKTP” sebagai salah satu langkah proaktif untuk melestarikan amalan hijau yang menyokong Pembangunan Lestari (Sustainable Development), Hala Tuju Sabah Maju Jaya - Pelan Pembangunan SMJ 1.0 : 2021 - 2025, Dasar Landskap Negeri Sabah dan Inisiatif KKTP ke Arah Masyarakat Rendah Karbon.

Puan Kamsiah binti Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah (JPSM) bersama 19 orang pelatih dan seorang pegawai pengiring Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) Kampus Kota Kinabalu telah menghadiri Program Festival I-HIJAU KKTP di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.