Festival Pendidikan STEM & TVET Peringkat Negeri Sabah 2024- "Peneraju Pembelajaran Bermakna"

17-18 JULAI 2024, DEWAN SEPAKAT, SMK PENGALAT, PAPAR

FESTIVAL PENDIDIKAN STEM & TVET PERINGKAT NEGERI SABAH 2024:

“PENERAJU PEMBELAJARAN BERMAKNA”

JPSM melalui Bahagian Khidmat Kerjaya (BKK) telah menyertai Festival Pendidikan TVET & STEM Peringkat Negeri Sabah 2024 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Haji Mohd. Arifin Bin Datuk Haji Mohd. Arif, JP Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah.

Bahagian Khidmat Kerjaya telah membuka Kaunter Pameran dan Pendaftaran Sabah Jobs Portal (SJP) kepada pengunjung dan pencari kerja.