JEMPUTAN UNTUK PENYEDIA LATIHAN MELAKSANAKAN KURSUS - KURSUS KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN TAJAAN JPSM SIRI 1 TAHUN 2022

JEMPUTAN UNTUK PENYEDIA LATIHAN MELAKSANAKAN KURSUS - KURSUS KEMAHIRAN DAN KEUSAHAWANAN TAJAAN JPSM SIRI 1 TAHUN 2022.

SYARAT - SYARAT MENJADI PENYEDIA LATIHAN KURSUS PENDEK JPSM:

• Mempunyai lesen perniagaan dan bidang yang sesuai;

• Penyedia Latihan mempunyai pengalaman tidak kurang dua (2) tahun (Lampirkan dokumen kelayakan dan pengalaman);

• Mempunyai modul latihan kursus dan jadual mengajar yang lengkap mengikut kemahiran berkaitan (Lampirkan);

• Alat Bantuan Latihan (ABL) yang mencukupi; dan

• Sumber kewangan yang mencukupi (Lampirkan salinan tiga (3) bulan penyata akaun bank yang terkini).

JIKA BERMINAT, SILA MUAT TURUN BORANG PERMOHONAN PAUTAN DI BAWAH:

BORANG PERMOHONAN

Sila serahkan ke Pejabat JPSM Tingkat 7 borang permohonan yang lengkap diisi beserta Profil Syarikat dan dokumen yang diperlukan seperti di atas.

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan untuk tawaran kursus.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 14 FEBRUARI 2022 (ISNIN)

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI TALIAN BERIKUT :-

TEL : 088-218722 sambungan 110 (Encik Azuan) , 137 (Puan Murtha), 136 (Puan Sandra) / 125 (Encik Mahathir)