Karnival Kerjaya Tawau 2024 anjuran JPSM dengan kerjasama PERKESO , MPT dan UPPM Tawau

KARNIVAL KERJAYA TAWAU 2024

27 JULAI 2024 (SABTU)

JAM 8.30 PAGI - 4.30 PETANG

DEWAN MASYARAKAT TAWAU

Karnival Kerjaya Tawau 2024 anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dengan kerjasama PERKESO Negeri Sabah, Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Tawau telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Rina binti Hj Jainal, Setiausaha Politik Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN N.70 Kukusan.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Datuk Mohd. Hanafiah bin Mohd. Kassim, Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Yang Berusaha Puan Celestina Aron, Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Puan Kamsiah Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Puan Vitorina Mosibin Wakil daripada PERKESO Negeri Sabah dan pegawai-pegawai pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

Program ini telah disertai oleh 14 Jabatan dan Agensi yang terlibat sebagai Pempamer dan sebanyak 22 Majikan yang menawarkan lebih daripada 1,000 peluang pekerjaan di seluruh Malaysia bagi membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran di Negeri Sabah.