Kaunter Pendaftaran SJP JPSM sempena Karnival Ramah Mesra Sempena Kaamatan 2024 anjuran PEKKA

8 - 9 Jun 2024 (Sabtu - Ahad) Dewan Pagansakan Inobong, Penampang | 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Karnival Ramah Mesra Sempena Kaamatan 2024

Karnival Ramah Mesra Sempena Kaamatan 2024 anjuran PEKKA telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Christina Liew, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.

Program ini disertai lima (5) Jabatan/Agensi Kerajaan/Swasta yang menawarkan pelbagai perkhidmatan dan khidmat nasihat. Bahagian Khidmat Kerjaya (BKK) JPSM telah membuka kaunter pendaftaran Sabah Jobs Portal (SJP) kepada belia-beliawanis dan pencari kerja.

Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti pertandingan bola sepak, sugandoi, cabutan bertuah serta pelbagai aktiviti untuk belia dan kanak-kanak.