Kunjungan Hormat JPSM ke Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii), Kuala Lumpur

10 FEBRUARI 2023 (JUMAAT) - 9.30PAGI

Kunjungan Hormat Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) ke Malaysia Automotive Robotics and IoT Institute (MARii), Kuala Lumpur.

Rombongan JPSM yang diketuai oleh YBhg. Puan Tianinun binti Iping, Pengarah JPSM disambut oleh Ts Nizmar bin Mohd Nazar, Chief Information Officer MARii.

Lawatan ini bertujuan bagi membincangkan program-program kerjasama strategik di antara JPSM dan MARii pada masa akan datang.