Kunjungan Hormat ke Pejabat Pegawai Daerah Kudat untuk Persediaan Karnival Kerjaya Kudat 2023.

**17 Januari 2022 (Selasa) - 9.30 Pagi - **

Rombongan JPSM bersama pihak PERKESO telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Pejabat Pegawai Daerah Kudat bertempat di Pejabat Daerah Kudat berhubung persediaan Karnival Kerjaya Kudat Tahun 2023.

Selepas kunjungan hormat tersebut, lawatan verifikasi ke Dewan Masyarakat Tun Mustapha Kudat dijalankan bersama pihak Lembaga Bandaran Kudat pada jam 11.30 Pagi untuk melihat ruang dan tempat bagi persediaan Karnival Kerjaya Kudat 2023.