Latihan Kebakaran (Fire Drill) sempena National Training Week (NTW ) 2024 anjuran HRD Corp

27 JUN 2024 (HARI KHAMIS): INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JPSM PAPAR

LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) SEMPENA NATIONAL TRAINING WEEK (NTW ) 2024 ANJURAN HUMAN RESOURCE DEVELOPMENT CORPORATION (HRD CORP)

Seramai 140 orang pelatih dan 40 staff pentadbiran dan akademik ILTP JPSM Papar telah menyertai latihan tersebut. Perlaksanaan program latihan telah diketuai oleh PPgB Rozlan bin Osman, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat, Papar Sabah.

Objektif latihan adalah untuk melatih penghuni bangunan khususnya kakitangan dan pelatih ILTP JPSM Papar membuat persediaan dalam menghadapi kemungkinan kebakaran dan tahu menyelamatkan diri sendiri semasa kebakaran atau kecemasan. Sejurus selepas Latihan Kebakaran (Fire Drill), sesi Post-Mortem melibatkan Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat Papar dan Staf Pentadbir dan Staf Akademik ILTP JPSM.

Turut hadir Encik Saiful Zahrin Jasri, Pengurus Kampus ILTP, JPSM Papar