Lawatan Pemantauan Program HELP ke Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum Lahad Datu

10-11 Jun 2024

Lawatan Pemantauan Hospitality Engagement Learning Programe (HELP) ke Borneo Rainforest Lodge, Lembah Danum Lahad Datu.

Sesi Lawatan diketuai oleh Puan Kamsiah binti Ibrahim Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, diiringi Puan Salbia Abas, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran, turut sama Encik Syed Shahridzan bin SH. Sihan, Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran dan Encik Mohd Farhan bin Gou Rahman, Penolong Pegawai Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan.

Rombongan telah menjalankan tinjauan serta mengadakan perjumpaan bersama dengan 11 orang pelatih tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia. Di akhir lawatan rombongan berkesempatan mengadakan mesyuarat singkat bersama dengan Pengarah Operasi,Borneo Resort Lodge Encik Sail Jamaludin dan Encik Bernard Majawi selaku Pengurus Sumber Manusia.