Majlis Konvokesyen Hospitality Engagement Learning Programme (HELP) di Shangri-La Rasa Ria

15 Julai 2024 (Isnin) - Shangri-La Rasa Ria Resort Tuaran

Majlis Konvokesyen dan Tamat Latihan Hospitality Engagement Learning Program (HELP) bagi Siri ke-40 Shangri-La Rasa Ria Resort Tuaran

Seramai 32 orang pelatih Program HELP telah berjaya menamatkan latihan selama 6 bulan bermula Januari 2024 -Julai 2024.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Kamsiah bt Ibrahim, Timbalan Pengarah JPSM.

Majlis turut dihadiri oleh Madam Fiona Hagan, General Manager Shangri La Rasa Ria Resort Tuaran, Puan Salbia Abas, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran dan Puan Regina Marry Sikain, selaku Pegawai Penyelaras Program HELP.

Shangri-La Rasa Ria Resort Tuaran kini meneruskan kerjasama strategik dengan pengambilan pelatih Program HELP bagi Siri ke-41 yang telah pun memulakan latihan hari ini.