04 Februari 2026 (Rabu) | Ballroom 1, Shangri - La Rasa Ria Kota Kinabalu, Tuaran Sabah.
Majlis Konvokesyen Ke-42 Hospitality Engagement Learning Program (HELP) Jabatan Pembangunan Sumber Manusia Negeri Sabah dengan kerjasama Shangri - La Rasa Ria atas komitmen berterusan dalam menjayakan pembangunan modal insan negeri melalui kerjasama strategik bersama JPSM telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Kamsiah binti Ibrahim Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.
Seramai 41 orang pelatih telah berjaya menamatkan program ini dengan cemerlang
28 Orang Pelatih Tamat dalam Bidang:-
- Pastry Productian
- Housekeeping Operation
- Food & Beverage Service Operation
- Food Preparation and Production
10 orang pelatih Tamat dalam bidang SKM Tahap 3:-
- Outdoor Recreational Service
- Retail Outlet Operation
- Front Office Operation
3 Orang Pelatih Tamat Dalam Bidang:- Sijil Profesional Dalam Golf Operation
Turut Hadir YBrs. Tuan Shafaruddin bin Halide Timbalan Setiausaha Tetap ll Kementerian Pembangunan, Sains, Teknologi dan Inovasi & YBrs. Tuan Peter Wong Pengarah Jabatan Pembanguan Kemahiran Malaysia Wilayah Sabah dan Labuan (JPK) & Ybrs. Puan Fiona Hagan Pengurus Besar Shangri - La Rasa Ria Kota Kinabalu.