Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal di Tingkat 5, Wisma Bandaraya

6 Oktober 2023 - Tingkat 5, Wisma Bandaraya

Majlis Penghargaan Pelajar Praktikal

JPSM telah mengadakan Majlis Penghargaan untuk 5 pelajar Praktikal yang telah diadakan di Tingkat 5, Wisma Bandaraya.

Latihan Praktikal bermula pada bulan Julai 2023 dan berakhir pada 6 Oktober 2023. Pelajar terdiri daripada:-

  1. Jiviton Jirah binti Taip - jurusan Pembangunan Sumber Manusia daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

  2. Chrisya Ann Lunsin - jurusan Pembangunan Sumber Manusia daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

  3. Brandon Bonney Jefferius - jurusan Industrial Relations & Labour Studies daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

  4. Regina Hanim binti Ramli - jurusan Sains Matematik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), dan

  5. Mohd Syafiq bin Mohd Salleh -jurusan Graphic Design daripada Giatmara

Sehubungan dengan itu, seluruh staf dan pengurusan JPSM ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kelima-lima pelajar yang banyak membantu sepanjang tempoh menjalankan latihan praktikal di JPSM.

Pengurusan juga mendoakan supaya pelajar praktikal ini semakin berjaya pada masa hadapan dan semoga segala ilmu yang diperolehi sepanjang menjalani latihan praktikal di JPSM menjadi bekalan ilmu di kemudian hari.