Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil kepada peserta kursus DUN N.34 Lumadan, Beaufort

14 June 2024- The Gem Hotel, Beaufort.

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil kepada 40 peserta bagi Kursus Ternakan Udang, Kursus Ternakan Ikan Air Tawar dan Kursus Jahitan Baju Kurung dan Skirt di DUN N.34 Lumadan, Beaufort.

Kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Merangkap ADUN N34 Lumadan. Ketiga-tiga kursus tersebut telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 10 Jun 2024 hingga 14 Jun 2024 yang dikendalikan oleh SNS Enterprise, Vince XL Junior dan Fashion Academy.