Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil kepada peserta Program Latihan Rentas Komuniti Siri 3/2024

05 - 09 Ogos 2024 - Sabah International Convention Centre

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 180 peserta Kursus Solekan dan Dandanan Rambut, Membuat Kek Dan Pastri, Membaikpulih Komputer,Asas Pendawaian Elektrik, Urut terapi wanita, Teknik Jualan Berkesan dan Menggunting Rambut Lelaki & Wanita dan Pemprosesan Makanan Berasaskan Soya.

Kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Awang Kadin Tang Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat

Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 05 hingga 09 Ogos 2024 dan 07 hingga 09 Ogos 2024 yang dikendalikan oleh Kak Tai Product Enterprise, Sweep Acedemy, Cal Rescources & Skills Centre Sdn Bhd, Gentisan Asli Enterprise, SMSM Enterprise, ICC Service, DZ Diah Enterprise dan SNS Enterprise.