Majlis Penutupan Kursus Jahitan Labuci dan Sulaman Manik Tahun 2021

Majlis Penutupan Kursus Jahitan Labuci dan Sulaman Manik Tahun 2021 tajaan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia bagi DUN Bandau N.6 telah diadakan pada 26 November 2021 (Jumaat) bertempat di Pusat Kemahiran Supraedge, Kota Marudu

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Kamarul Anuar Bin Ahmad, selaku Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.6 Bandau

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Syed Shahridzan Sh. Sihan, Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran, JPSM.

Kursus tersebut telahpun dilaksanakan pada 22 hingga 26 November 2021 selama lima (5) hari dan disertai seramai 20 orang peserta