Majlis Penyampaian Sijil kepada 80 peserta bagi 4 Kursus di Pavilion Hotel, Sandakan

6 September 2024- Pavilion Hotel, Sandakan.

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil kepada 80 peserta bagi empat (4) kursus terlibat iaitu Kursus Pemasangan & Penyelenggaraan Paip, Kursus E-Pemasaran (Tiktok), Kursus Jahitan Sarung Kerusi, Alas Meja, Cadar & Sarung Bantal dan Kursus Membuat Kek, Bun dan Pastri.

Kursus tajaan JPSM telah disempurnakan oleh Tuan Mas Syazani bin Masood, Pegawai Tadbir Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sabah. Tiga kursus telah berlangsung selama lima (5) hari bermula 02 hingga 06 september 2024 yang dikendalikan oleh Nazri enterprise, Rizq Enterprise dan Sugar Academy PLT manakala satu kursus berlangsung selama tiga (3) hari bermula 04 hingga 06 September 2024 yang dikendalikan oleh RNR Fitra Management Sdn Bhd.