Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta kursus Pengurusan Kewangan bagi N.35 Sindumin

14 Jun 2024-NADI Sindumin

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil kepada 20 peserta kursus Pengurusan Kewangan disempurnakan oleh Encik Romay Shahirie, Pemaju Mukim N.35 Sindumin mewakili Encik Wendey Agong Baruh, Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.35 Sindumin.

Kursus berlangsung selama 3 hari bermula dari 12 hingga 14 Jun 2024, dikendalikan oleh Azrin Empire Holding.