Majlis Penyampaian Sijil kepada peserta untuk tiga (3) Kursus di Perpustakaan Negeri Sabah, Papar

28 Jun 2024 - Perpustakaan Daerah Papar

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 60 peserta Kursus E-Pemasaran grabfood dan Foodpanda , Sistem Hidroponik dan Asas Pendawaian Elektrik telah disempurnakan oleh Ygbhg Tuan Roslie Bin Hj Ibrahim Setiausaha Sulit Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 24 hingga 28 Jun 2024 dikendalikan Azrin Empire Holding , Giatmara Penampang dan Ge nitrate Solutions.