Majlis Penyampaian Sijil Kursus E-Pemasaran dan Kursus Pengendalian Makanan Halal di Kota Marudu

1 Julai 2024 - 5 Julai 2024 - Kota Marudu

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 40 peserta Kursus E-Pemasaran (Dropship) Dun N.06 Bandau dan Kursus Pengendalian Makanan Halal Dun N.07 Tandek, Kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Sharif Kadah Bin Sharif Osman Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.06 Bandau.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) dan tiga (3) hari bermula pada 1 Julai 2024 hingga 5 Julai 2024 dan 3 Julai 2024 hingga 5 Julai 2024 yang dikendalikan oleh Sigmatic Management Services dan Iftah Training Centre.