Majlis Penyampaian Sijil peserta Kursus Anyaman dan Kursus Teknik Jualan di DUN N.43 Kemabong

10 Mei 2024- Dewan Sri Ontoros, Kemabong, Tenom.

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 40 peserta iaitu 20 orang peserta Kursus Anyaman Berasaskan Buluh & Rotan dan 20 orang peserta lagi dari Kursus Teknik Jualan Berkesan di DUN N.43 Kemabong.

Kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Tuan Zainal Hj Romio , Penolong Pegawai Tadbir , Pejabat Daerah Kecil Kemabong . Kursus Anyaman Berasaskan Bluh dan Rotan telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 06 Mei 2024 hingga 10 Mei 2024 yang dikendalikan oleh Niel Coulture Design Academy melibatkan 20 orang peserta. Manakala bagi Kursus Teknik Jualan Berkesan telah dikendalikan oleh Qhalifah Legacy berlangsung selama tiga (3) hari dari 08 Mei 2024 sehingga 10 Mei 2024 seramai 20 orang.

Sesi pemantauan telah dilaksanakan bagi kedua-dua kursus tersebut pada 09 Mei 2024.