Majlis Penyampaian Sijil peserta Kursus Menggunting Rambut dan Kursus Tiktok Live di P190 Tawau

26 Julai 2024 - Dewan HBP Tawau.

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 40 peserta Kursus Menggunting Rambut Lelaki dan Wanita dan Kursus Tiktok Live Host & Content Creator yang disempurnakan Oleh Yang Berhormat Datuk Lo Sui Fui-Ahli Parlimen P190 Tawau.

Kursus Menggunting Rambut Lelaki dan Wanita dikendalikan oleh Nick’s Hair & Beauty Training Center telah berlangsung selama 5 hari bermula 22 hingga 26 Julai 2024 dan Kursus Tiktok Live Host & Content Creator dikendalikan oleh Dina Consultan & Management berlangsung selama 3 hari bermula 24hb hingga 26hb Julai 2024.