Majlis Penyampaian Sijil peserta Kursus Menjahit Pakaian dan Kursus Memproses Mee di N.42 Melalap

10 Mei 2024- Dewan OKK Datuk Sangau Jalang, Melalap

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 40 peserta Kursus Menjahit Pakaian Tradisional dan Kursus Memproses dan Memasak Mee di DUN N.42 Melalap

Kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Simon Mamat Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN N.42 Melalap.

Kursus Kursus Menjahit Pakaian Tradisional dan Kursus Memproses dan Memasak Mee ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 06 Mei 2024 hingga 10 Mei 2024 yang dikendalikan oleh Niel Couture Design Academy dan Pemborong SNS.

Sesi Pemantauan Kursus telah dilaksanakan pada 09 Mei 2024.