Majlis Penyampaian Sijil peserta Kursus Pemprosesan Makanan Sejuk Beku bagi DUN N.10 Usukan

26 Julai 2024 - Dewan Datuk Japlin Akim Kota Belud.

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Pemprosesan Makanan Sejuk Beku yang telah disempurnakan Oleh Ybhg. Datuk Japlin Akim Pengerusi Simen Sabah.

Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 22 hingga 26 Julai 2024 dikendalikan Oleh Penyedia Latihan Sugee & Family Sdn Bhd.