Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan bagi Kursus Certified Drone Operator Proficient Programme

17 November 2023 - Mega Aerospace Center KKIP, Tuaran.

Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Tamat Latihan Sabah Talent Entrepreneurship Programme (STEP) bagi Kursus Certified Drone Operator Proficient Programme yang telah diadakan di Mega Aerospace Center.

Seramai (20) peserta telah menyertai program ini yang berlangsung selama (10) hari yang dikendalikan oleh Mega Aerospace Center Sdn Bhd. Majlis disempurnakan oleh Ybhg. Kamsiah binti Ibrahim Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.