Majlis Perasmian Karnival Kerjaya Ranau 2023 anjuran JPSM, PERKESO dan Pejabat Daerah Ranau

27 Mei 2023 (Sabtu) 8.30 pagi - 4.00 petang Dewan Masyarakat Ranau

Karnival Kerjaya Ranau 2023

‘Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Hisyamuddin Bin Harun, Pemimpin Pembangunan Rakyat N38 Paginatan mewakili Yang Berhormat Datuk Abidin bin Madingkir Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah.

Majlis ini turut dihadiri oleh Yang Berusaha Puan Dg Norsiah Ag Duraman Pengarah JPSM, Puan Musleha Khairunisa Muluk, Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Encik Hasinin Kinsim Penolong Pegawai Daerah Kanan, Pejabat Daerah Ranau dan Encik Daud Bin Nordin Ketua Zon Negeri Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan Negeri Sabah (PERKESO).

Program ini telah disertai oleh 11 Majikan yang menawarkan lebih 500 peluang pekerjaan di seluruh Malaysia bagi membantu untuk mengurangkan kadar pengangguran.