Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi peserta Kursus di DUN N.12 Sulaman

26 Julai 2024 - Bangunan Majlis Daerah Dewan Persidangan Tuaran.

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 60 peserta Kursus Jahitan Sarung Kerusi,Alas Meja Cadar dan Sarung Bantal, Kursus Membaikpulih Penghawa Dingin dan Kursus Membuat Kek Bun dan Pastri yang telah disempurnakan Oleh Tuan Hj Murneh Bin Hj Lamsari - Pemimpin Pembangunan Masyarakat N.12 Sulaman

Kursus ini telah berlangsung selama 5 hari bermula 22 hingga 26 Julai 2024 dikendalikan Oleh 3 Penyedia Latihan iaitu Fashion Academy, Ikhtiar Niaga Enterprise dan Perniagaan DR.