Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi peserta-peserta Kursus DUN N.1 Banggi

1 - 5 Julai 2024 - Pekan Karakit, Banggi

Sesi Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 60 peserta Kursus Membuat Kek,Bun & Pastri , Kursus Membuat Makanan Berasaskan Hasilan Laut & Kursus Asas Jahitan Baju Kurung Moden dan Skirt Dun N.01 Banggi

Kursus tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia OKK Tuan Jasni Ketua Daerah Banggi.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) dan tiga (3) hari bermula pada 1 Julai 2024 hingga 5 Julai 2024 dan 3 Julai 2024 hingga 5 Julai 2024 yang dikendalikan oleh Akademi Jahitan Kota Kinabalu ( Kursus Membuat Kek,Bun & Pastri) Sincere Skill Academy ( Kursus Membuat Makanan Berasaskan Hasilan Laut) & Duraim Solutions ( Kursus Asas Jahitan Baju Kurung Moden Dan Skirt.