Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil - DUN N.40 Bingkor dan DUN N.41 Liawan

6 Jun - 10 Jun 2023 - Pusat Kraftangan, Keningau

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 38 peserta Kursus Pembangunan Laman Web Joomla DUN N.40 Bingkor dan Kursus Jahitan Sarung Kerusi, Alas Meja, Cadar dan Sarung Bantal DUN N.41 Liawan tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Junior Fred Vincent, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN N.40 Bingkor.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 6 Jun 2023 (Selasa) hingga 10 Jun 2023 (Sabtu) dikendalikan oleh Fashion Academy dan Masa Kiara Sdn Bhd.