Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Rekabentuk Grafik, DUN N.38 Paginatan

28 Februari - 04 Mac 2023 - Pusat Ekonomi Digital(PEDI), Ranau.

Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil bagi 20 peserta Kursus Rekabentuk Grafik (Adobe Illustrator) tajaan penuh JPSM telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Abidin Bin Madangkir, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Adun N.38 Paginatan, Ranau.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Puan Salbia Abas, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Tajaan Latihan Kemahiran JPSM.

Kursus ini telah berlangsung selama lima (5) hari bermula pada 28 Februari 2023 (Selasa) hingga 04 Mac 2023 (Sabtu) yang dikendalikan oleh Sharif Perchaya Enterprise.