Mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM)

17 APRIL 2023 (ISNIN)

Mesyuarat Jawatankuasa Kenaikan Pangkat Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) yang dipengerusikan oleh YBhg. Puan Tianinun binti Iping, Pengarah JPSM dan dihadiri oleh Puan Dg. Norsiah binti Hj. Ag. Duraman, Timbalan Pengarah JPSM, Puan Maria Chong, Timbalan Setiausaha Tetap 1, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI), Encik Hazaidi bin Awang Japilan, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPANS), Encik Ag Mohd Asywafie bin Abdul Mumin, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) serta Encik Mas Syazani bin Masood dan Puan Mary Pilol sebagai urus setia JPSM.

Tujuan mesyuarat adalah bagi membincangkan hal perjawatan dan kenaikan pangkat pegawai JPSM yang layak kerana memenuhi kriteria kecemerlangan serta kompetensi yang ditetapkan dan diperakukan oleh Ketua Jabatan.