Mesyuarat Pelaksanaan Kejohanan Sukan Institusi TVET Sabah (KSITS) 2024

6 MAC 2024 (HARI RABU): DEWAN SERBAGUNA INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP), JPSM PAPAR

MESYUARAT PELAKSANAAN KEJOHANAN SUKAN INSTITUSI TECHNICAL AND VOCATIONAL EDUCATION AND TRAINING (TVET) SABAH (KSITS) TAHUN 2024

Mesyuarat Pelaksanaan Kejohanan Sukan Institusi TVET Sabah (KSITS) 2024 telah diadakan di Dewan Serbaguna Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), JPSM, Papar.

Objektif utama kejohanan sukan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan di antara institusi-institusi TVET khususnya di Negeri Sabah.

Institusi yang hadir ke mesyuarat ini adalah daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN Kinarut), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu, Kolej Vokasional Keningau, Kolej Vokasional Kudat, Kolej Vokasional Likas, Kolej Vokasional Beaufort, Monfort Youth Centre Kinarut, Geomatika TVET Kolej Keningau, Giatmara Sabah, Sabah Skills and Technology Training Centre (SSTC) dan wakil daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah (KSTI). Antara intipati mesyuarat adalah untuk membincangkan pelaksanaan Kejohanan Sukan TVET anjuran pihak Institut Latihan Teknik dan Perdagangan, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia yang bakal diadakan pada 6 Mei hingga 10 Mei 2024.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Kamsiah binti Ibrahim, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).