Pameran Bahagian Khidmat Kerjaya (BKK) JPSM sempena Program SPA Malaysia Open Day 2024

10 Ogos 2024 (Sabtu), Dewan Auditorium, Bangunan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

PROGRAM SPA MALAYSIA OPEN DAY 2024

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), melalui Bahagian Khidmat Kerjaya (BKK), telah menyertai Program SPA Malaysia Open Day 2024 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Cawangan Sabah. Program bertempat di Dewan Auditorium, Bangunan Pusat Pengajian Pascasiswazah, Universiti Malaysia Sabah pada 10 Ogos 2024.

Pameran dari Bahagian Khidmat Kerjaya ini bertujuan untuk mempromosikan dan mendaftarkan pengunjung kepada Sabah Jobs Portal.