Pasukan ILTP JPSM muncul juara acara Badminton Berpasukan sempena Kejohanan Sukan antara Institusi TVET Sabah (KSITS) 2024

Pasukan Institiut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Jabatan Pembangunan Sumber Manusia muncul juara acara Badminton Berpasukan sempena Kejohanan Sukan Antara Institusi TVET Sabah (KSITS) 2024 yang telah diadakan bermula 6 Mei 2024 (Isnin) hingga 10 Mei 2024 (Jumaat).

Syabas dan tahniah kepada pasukan badminton beregu lelaki ILTP, JPSM iaitu Encik Abdul Hafiz bin Hadi dan Encik Mohd Shukeri bin Muzizat, pasukan beregu wanita ILTP, JPSM Cik Nor Azyatie binti Azman dan Cik Rayishah Roslan serta Wanita Perseorangan Cik Mayshirley Melvin Louis.