Perbincangan dua hala dan lawatan tapak oleh Energy Commission of Sabah (ECoS) ke ILTP JPSM Papar

30 OKTOBER 2023: BILIK MESYUARAT PENTADBIRAN ILTP JPSM, PAPAR

PERBINCANGAN DUA HALA DAN LAWATAN TAPAK ENERGY COMMISSION OF SABAH ( ECoS ) KE INSTITUT LATIHAN TEKNIK DAN PERDAGANGAN (ILTP) PAPAR

Lawatan ini bertujuan untuk meninjau persediaan Program Penjaga Jentera Elektrik dalam permohonan pentauliahan A1.

ECoS juga telah melawat bengkel sedia ada dan tapak latihan Program Penjaga Jentera yang baru siap.

Wakil ECoS juga telah melawat bengkel Program Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tahap 3 untuk meninjau kemudahan untuk permohonan PW2 dan PW4.

Rombongan ECos diketuai oleh Encik Muhd. Azuan bin Zainuddin, Pengarah Keselamatan dan Pemantauan termasuk tiga Pegawai Kanan mereka. Rombongan ini telah disambut oleh Puan Justina Lojuti, Ketua Bahagian ILTP.