Perbincangan Kerjasama Strategik di antara JPSM dengan KISMEC, Kedah

11 APRIL 2023 (SELASA)

Satu (1) perbincangan kerjasama strategik di antara Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) bersama Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC) telah dilaksanakan secara atas talian. Perbincangan tersebut diketuai oleh YBhg. Puan Tianinun binti Iping, Pengarah JPSM, manakala pihak KISMEC dihadiri oleh Puan Fuziah Abdul Rahim, Business Development Manager, Encik Rudy Musnandar Mohammad Said, Head of Operation KISMEC, Kulim. Puan Loo Soo Fong, Special Officer KISMEC dan Puan Siti Munirah, Assistant Manager Business Development KISMEC.