Pertandingan Worldskills Malaysia Belia peringkat Pra-Kelayakan Tahun 2024 bagi bidang Welding

Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP), Papar, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menhantar tiga (3) wakil bagi mengikuti pertandingan Worldskills Malaysia Belia (WSMB) Peringkat Pra-Kelayakan Tahun 2024 bagi bidang Welding. Pertandingan bagi ILTP JPSM diadakan bermula pada 25 Jun 2024 hingga 26 Jun 2024 bertempat di CIDB Technologies Johor Bahru.

Antara tiga (3) pelatih wakil daripada ILTP JPSM mengikuti pertandingan tersebut adalah seperti berikut;

  1. Muhammad Syukri bin Malike (Kimpalan Arka)

  2. Mohd Haziq Daniel bin Jasinin (Kimpalan 6G)

  3. Jodelverfrankie Joseph (Kimpalan Arka)

Turut hadir daripada JPSM adalah En. Ts. Gillson Gilbert Tiwol, Encik Zoe Albertus, Encik Aza Aliff dan Encik Jick Erine.