Program Kesedaran Buruh Paksa dan Buruh Kanak-Kanak Peringkat Negeri Sabah Tahun 2023 di Inanam

20 OKTOBER 2023 (JUMAAT) - KILANG HKT GROUP SDN BHD, INANAM, KOTA KINABALU

PROGRAM KESEDARAN BURUH PAKSA DAN BURUH KANAK-KANAK

PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2023 SEMASA LAWATAN KILANG HKT GROUP SDN BHD, INANAM, KOTA KINABALU

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi Sabah telah dijemput sebagai salah satu ahli panel dalam sesi dialog bersama pihak pengurusan dan pekerja di kilang HKT Group Sdn Bhd, Kota Kinabalu oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk menyertai Program Kesedaran Buruh Paksa dan Buruh Kanak-Kanak peringkat Negeri Sabah 2023 di daerah Kota Kinabalu. Antara aktiviti yang dijalankan adalah lawatan Ke Kilang HKT Group Sdn Bhd, Inanam, Kota Kinabalu.

Disamping itu, pihak JPSM, KSTI telah mengambil kesempatan menyarankan kepada pihak majikan HKT Group Sdn Bhd untuk membuat pendaftaran sebagai majikan dalam Sabah Jobs Portal (SJP) iaitu platform / medium untuk para majikan mengiklankan kekosongan jawatan yang terdapat di Syarikat tersebut.

JPSM diwakili oleh Encik Dyson Chee, Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan. Turut hadir daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), PDRM, Pej. HEDN&P, JKM, DBKK, ILO, MAPO dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan

.