Program Powering Knowledge Jejak Tebena 2024 di Kimanis Petroleum Training Centre

15 JUN 2024 (SABTU) - Kimanis Petroleum Training Centre

PROGRAM POWERING KNOWLEDGE JEJAK TEBENA 2024

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) telah menyertai Program Powering Knowledge Jejak TEBENA 2024 dan membuka Kaunter Pameran Program dan Latihan Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) serta Kaunter Pendaftaran Sabah Jobs Portal (SJP) untuk belia-beliawanis serta para pencari kerja.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Masflie Bin Tinggian, Pengerusi Skuad Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Nabawan.