Seminar Bimbingan Kerjaya 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Madai, Kunak

2 OGOS 2024 - SMK MADAI, KUNAK

SEMINAR BIMBINGAN KERJAYA 2024

JPSM melalui Bahagian Khidmat Kerjaya (BKK) & Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) telah menyampaikan ceramah kepada lebih kurang 233 orang pelajar SMK MADAI, KUNAK.

Ceramah ini memberi pendedahan mengenai Kursus dan Latihan yang ditawarkan di Insitut Latihan Teknik & Perdagangan (ILTP) serta mempromosikan Sistem Sabah Jobs Portal (SJP) kepada pelajar-pelajar yang bakal menamatkan persekolahan (Pelajar Tingkatan 5 dan 6).